PERGERAKAN terbatas bukan halangan untuk golongan kurang upaya (OKU) mencorakkan masa depan dan membina kerjaya impian demi meneruskan kehidupan mereka ke jalan yang lebih baik.

Pengasas Hairi Tailor, Suhairi Abdullah berkata, lumpuh yang dialami pada bahagian kaki iaitu daripada peha ke bawah, tidak dijadikan alasan untuk terus meratapi nasib diri sebaliknya bangkit dengan matlamat tersendiri.

Menurut lelaki asal Perak itu, selepas tamat alam persekolahan, beliau tidak menunggu lama untuk memajukan diri dengan terus menyambung pengajian di Pusat Latihan OKU Cheras, Kuala Lumpur dalam bidang jahitan.

Berbekalkan kemahiran dan ilmu, beliau mula membuka kedai jahit yang beroperasi di Taman Keramat, Kuala Lumpur pada tahun 1993.

Perniagaan itu terus kekal maju sehingga kini walaupun ia diusahakan seorang insan kurang upaya akibat demam Polio yang dihidapinya pada usia sembilan bulan.

“Walaupun kurang upaya tetapi saya tidak menonjolkan diri sebagai golongan istimewa pun sebaliknya saya mengutamakan mutu jahitan untuk menarik pelanggan yang terus menjadikan kedai saya sebagai pilihan mereka.

“Hasrat saya hanya satu dalam bisnes dan juga kehidupan ini, iaitu untuk membantu komuniti saya dan juga masyarakat supaya mereka mengambil peluang dengan keadaan diri mereka untuk berdikari supaya orang di luar sana akan berasa segan atau menghormati kita walaupun bergelar orang istimewa,” jelas bapa kepada dua cahaya mata ini.

Katanya lagi, perniagaan yang diusahakan itu juga diharap dapat diwarisi oleh anak-anaknya dan dapat membantu rakan senasib melalui peluang pekerjaan.

Presiden Persatuan Anggota Orang Kurang Upaya Melayu Malaysia (Pokuam) itu juga meminati bidang pertukangan dan terlibat dalam pengubahsuaian kenderaan OKU untuk Koperasi Pokuam mengikut kesesuaian golongan itu di bawah syarikatnya sendiri, Subako Enterprise.

“Saya juga minat bertukang, tak kira kayu, besi dan sebagainya asalkan ia memberi kepuasan kepada diri sendiri di atas apa yang dilakukan. Menjahit memang fokus utama saya untuk menyara keluarga,” katanya yang bertanggungjawab menyara keluarga sebagai ketua walaupun dengan kekurangan yang ada.

Isterinya, Rohani Jaafar yang senasib dengan beliau juga mengusahakan kedai jahit, Ani Fesyen yang hanya menjahit pakaian muslimah.

Lelaki berusia 61 tahun itu kini hidup dengan semangatnya yang kental demi memperjuangkan rakan senasib termasuk memberi komentar di media-media massa supaya pihak bertanggungjawab dan juga masyarakat membuka mata atau lebih prihatin terhadap keperluan mereka.

Di usia emas itu, Suhairi masih lagi aktif dengan bisnes beliau dan akan meneruskannya sehingga ke hembusan nafas terakhir supaya memberi inspirasi kepada rakan lain bagi membuktikan OKU juga mampu bersaing dengan manusia normal di luar sana.

Usah biarkan masyarakat memandang rendah di atas keterbatasan golongan itu sebaliknya bangkitlah bersama-sama dengan mereka untuk buktikan kita juga mampu berjaya, bersaing dan membina empayar sendiri.

Kongsikan Artikel Ini

Follow Majalah Sosial Bispoint untuk kemaskini, info menarik dan banyak lagi maklumat terbaharu.

Newsletter

Dapatkan info terbaru dari Sosial Bispoint, Majalah Sosial Enterprise Pertama Di Malaysia.

010176
Views Today : 7
Views Last 7 days : 222
Views Last 30 days : 394
Views This Month : 312
Views This Year : 2658
Total views : 14004
Scroll to Top